Kehangatan Vokal Mania makin terasa apabila salah seorang pesertanya, Nuha Bahrin menerima kecaman hebat daripada netizen. Ini berikutan kemenangannya mendapat Rookie Star Award pada minggu lepas walaupun persembahannya dikatakan sumbang dan over confident. Berikutan itu, salah seorang penyanyi tempatan, Naim Daniel tampil memberi kata-kata semangat terhadap Nuha.

Artikel berkaitan: Try Hard Cuba Pelbagai Teknik Nyanyian, Nuha Bahrin Dikecam Dalam Vokal Mania

Nuha balas tweet Naim

Menjadi perbualan netizen dengan persembahannya pada minggu lepas, Nuha menerima kata-kata semangat daripada penyanyi dan pelakon, Naim Daniel melalui laman twitter.

Nuha yang sentiasa bersikap positif itu bagaimanapun membalas tweet tersebut dengan tidak menjangkakan akan menerima nasihat sebegitu daripada penyanyi itu. Naim Daniel juga dikatakan akan hadir pada siaran langsung Vokal Mania pada minggu ini bagi memberi sokongan.

Saingan dari rookie baru

Vokal Mania pada minggu ini bakal menampilkan 4 rookie baru yang terdiri daripada Qiem Churros, Nursyafiqnaser, Hakeemzamall dan Aufahanie. Masing-masing mempunyai kehebatan vokal tersendiri yang pastinya akan memberi saingan hebat pada idol kali ini.

Selain itu juga, Qiem Churros bersama 3 rookie lain iaitu Fiera, Nisha Haque dan Tuah Adzmi juga telah tampil dengan lagu cover mereka iaitu Boneka dan telah dimuat naik di laman Youtube rasmi TV3 Malaysia.

Menampilkan 4 lagi rookie baru untuk berdepan idol yang sedia ada. Apakah yang bakal berlaku pada minggu ini? Bagaimanakah persembahan rookie kali ini? Jangan lupa saksikan Vokal Mania, Sabtu 7 November, jam 9 malam!