
Selepas beberapa tahun meniti nama sebagai penyanyi, Syamel kini bersedia mencipta detik istimewa bersama peminat menerusi persembahan sulungnya bertajuk ‘Pertama: A New Journey Together With Me, Syamel’.
Artikel Berkaitan: Konsert Empat: Persembahan Padu Ziana, Anuar Zain, Ernie & Syamel Gegar Mega Star Arena!
Arikel Berkaitan: ‘Beribu Tanda Tanya’ Lagu Syamel Paling ‘Mahal’
Bukan sekadar persembahan semata

Majlis yang penuh dengan keindahan emosi dan keakraban ini akan diadakan pada pada 22 November di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama E.
Menurut Syamel, konsert itu akan meninggalkan kenangan abadi buat dirinya. Ini merupakan sebuah perjalanan muzik yang intim dan bermakna bersama peminat setia.
Bersama kita mencipta momen baru bersama di ‘Pertama’, permulaan perjalanan baru saya dan sesi istimewa yang sangat akrab bersama peminat, terutamanya Syamelovers.
Sokongan anda adalah tenaga di sebalik setiap langkah saya. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada cerita ini.
‘Pertama’ bukan sekadar persembahan semata, tetapi pengalaman eksklusif yang membolehkan peminat menyelami dunia Syamel bersama secara lebih dekat, termasuklah, sneek peak, sesi Q&A secara langsung dan juga merchandise eksklusif.
Harga tiket bagi acara ini ditetapkan pada RM148 (tidak termasuk yuran tiket RM4) dan sudah mula dijual pada 3 November 2025, jam 12 tengah hari menerusi platform Onetix.
SAH Entertainment bekerjasama dengan Universal Music Malaysia, menganjurkan acara ini. Ianya menandakan permulaan fasa baru dalam perkembangan seni Syamel, di mana setiap nada dan lirik menggalakkan peminat untuk mengalami saat yang penuh dengan kenangan dan emosi yang tidak dapat dilupakan.





![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)

