
Sentiasa teruja menyambut Syawal, pelakon, Wafariena memperuntukkan kira-kira RM4,000 untuk diagihkan sebagai duit raya pada tahun ini.
Artikel Berkaitan: Ditegur Nampak Berbeza, Wafariena Nafi Buat Pembedahan Besarkan Pinggul – ‘Saya Buat Squat’
Artikel Berkaitan: Wafariena Pesan Jangan Menyakat Masa Pegang Objek Tajam
Sedekah

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Wafariena Roslan, 31, berkata pemberian duit raya yang disediakannya itu bukan sekadar tradisi tetapi dianggap sebagai satu bentuk sedekah yang menzahirkan rasa syukur menyambut Syawal.
Saya tidak kisah beraya di mana-mana asalkan saya dapat beri duit raya. Saya suka beri duit raya kepada orang.
Saya suka bagi secara rawak. Kadang-kadang kalau terjumpa atau selisih di tepi jalan, saya akan beri.
Daripada bayi sehingga warga emas semua saya beri.
Mengulas lanjut, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu menjelaskan dia sememangnya suka untuk berkongsi rezeki dengan orang lain.
Kata Wafariena, dia percaya bahawa dalam rezekinya tersimpan rezeki untuk orang lain juga.
Kalau nak kata ajaran daripada ibu, ibu memang ajar untuk memberi dan kongsi rezeki. Rezeki yang saya dapat ni semua daripada Allah.
Saya percaya tak semua yang saya dapat itu adalah saya punya, mesti ada bahagian orang lain.
Kalau saya terserempak dengan orang yang lebih tua saya tetap akan beri meskipun ia bukan raya.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)