berita

Pesalah Zina, Seks Sejenis Yang Bersalah Di Brunei Akan Dihukum Rejam Sampai Mati

March 28th, 2019 | by Ai
Kini Trending

Zina dan seks sejenis bukanlah sesuatu yang taboo untuk diperkatakan. Walaupun ia bercanggah dengan ajaran agama Islam, namun masih ada segelintir masyarakat Islam yang melakukannya. 

Baru-baru ini, Brunei telah mengumumkan akan mengenakan hukuman rejam sampai mati kepada pesalah zina dan seks sejenis kepada rakyatnya yang beragama Islam.

Berkuat kuasa April nanti

Menurut laporan Malaysia Kini, hukuman tersebut akan bermula pada 3 April iaitu Rabu minggu hadapan. Hukuman itu juga telah mengikut undang-undang syariah yang telah digubal sejak empat tahun lalu lagi namun ditangguh perlaksanaannya atas sebab tertentu.

Berdasarkan notis Pejabat Negara Brunei bertarikh 29 Disember 2018 dan jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama, Sultan Hassanal Bolkiah dijangka akan mengumumkan mengenai hukuman tersebut pada 3 April ini.

Potong tangan atau kaki bagi kesalahn mencuri

Selain itu, hukuman potong tangan atau kaki juga akan dilaksanakan bagi kesalahan mencuri. Kesalahan mencuri kali pertama akan dihukum dengan memotong tangan kanan dan kesalahan kedua akan memotong kaki kiri pula.

Walau bagaimanapun, perlaksanaan semua hukuman tersebut telah mendapat tentangan daripada badan hak asasi Amnesty International. Badan tersebut telah menggesa Brunei untuk ‘segera menghentikan’ perlaksanaan hukuman baru tersebut kerana menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sumber: Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×