berita

Ramai Gadis Patah Hati..Ini Trivia Dayang Anisha, Rupanya Dah Kenal Putera Mateen Sejak Kecil!

October 9th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Umum mengetahui, anakanda ke-10 Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen atau lebih dikenali sebagai Putera Mateen bakal melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam pada Januari tahun hadapan.

Artikel Berkaitan: Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah Bakal Bernikah 11 Januari 2024

Trivia Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam

Berita gembira tersebut diumumkan oleh media rasmi Brunei Darussalam pada 7 Oktober dan tidak dinafikan, ramai wargamaya tertanya-tanya siapakah gerangan wanita bertuah yang berjaya menawan hati putera kesayangan ramai ini?

Berikut OhBulan! kongsikan serba sedikit trivia mengenai bakal isteri Putera Mateen iaitu Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam.

1. Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam yang juga dikenali sebagai Anisha Isa Kalebic dilahirkan pada 1994.

2. Anisha Isa Kalebic adalah graduan di sebuah universiti di England selain memiliki label fesyennya sendiri iaitu Slik Collective.

3. Wanita cantik berusia 30 tahun itu memiliki perniagaan sektor pelancongan bersama rakan baiknya yang diberi nama Aunthentirary.

4. Anisha merupakan cucu Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim iaitu penasihat khas Sultan Brunei.

5. Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim merupakan seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja.

6. Datuk Anisha pernah berkhidmat sebagai Timbalan Peguam Negara pada 1968 dan Timbalan Menteri Besar pada 1970 dan pada November 1974 hingga Januari 1984, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa juga merupakan Pengerusi Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei yang diasaskannya.

7. Abang kandung Anisha iaitu Danial Deen Isa Kalebic merupakan sahabat karib Mateen dan mereka sering bermain bola bersama.

8. Selain gemar memasak, Anisha juga suka bersenam.

9. Putera Mateen dan Anisha dikatakan sepupu jauh dan mereka sudah mengenali satu sama lain sejak kecil lagi. Namun mereka mula rapat pada tahun 2019 dan hubungan tersebut mula dikesan pada tahun 2022 apabila mereka sering dilihat bersama.

Untuk info, istiadat perkahwinan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari tahun hadapan.

SKIP THIS AD ×