

Di Instagram, usahawan yang juga rakan kepada Johan dan Ozlynn iaitu Nabilah Nazib mencuri perhatian apabila memuat naik video pasangan suami isteri itu di perkarangan lapangan terbang menerusi IG Story.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ozlynn Dedah Sisi Berbeza Johan – ‘Dia Sebenarnya Seorang Yang Pendiam & Tak Banyak Cakap’
Johan titip pesan buat anak

Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat Johan yang mengenakan baju berona hitam sedang berpelukan bersama anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah.
Menurut Nabila, dia yang pada ketika itu sedang merakam momen manis anak-beranak itu terpaksa menghentikan rakaman kerana terkesima dan sedih mendengar pesanan Johan buat anak-anaknya.
Dia pesan, ‘Kalau Papa tak balik, ingat siapa kena jaga adik-adik.
Dan saya terus berhenti merakam sebab sangat sebak untuk saya mendengarnya.
Betapa si bapa terlalu menyayangi anak-anaknya.
Menerusi hantaran yang sama, Nabilah turut menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran Johan yang disambut pada 13 Jun lalu.
IG Story Nabilah Nazib

Sumber: Instagram Nabilah Nazib

![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)





![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/khairul-aming-.jpg)
