berita

Pesanan Terakhir Saleem Buat Syafiq Farhain

October 15th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Pemergian Allahyarham Saleem disifatkan sebagai kehilangan yang tiada ganti, malah keunikan suaranya itu akan terus dirindui pencinta industri hiburan tanah air. Anak kepada penyanyi Suci Dalam Debu ini, Syafiq Farhain terkesan dan dia masih ingat pesanan yang bermakna dari ayahnya itu.

Artikel berkaitan: Cinta Bukan Hanya Di Mata, Cinta Hadir Di Dalam Jiwa. Saleem Sudah Tiada

Kami tetap merindui suara emas Allahyarham Saleem.

Saya speechless

Umum sedia maklum, penyanyi Syafiq Farhain merupakan anak lelaki hasil dari perkahwinan Allahyarham Saleem dengan isteri pertama. Walaupun, Syafiq Farhain tidak dibesarkan bersama adik-beradik yang lain namun, dia turut terkesan dengan kehilangan insan tersayang.

Saya tak tahu nak cakap apa, speechless! perasaan saya sama macam orang lain yang sudah tiada orang tersayang. Walaupun dibesarkan tak sama macam orang lain, namun perginya bapa dari dunia ini buat selama-lamanya adalah satu kehilangan.

Bagaimanapun saya reda dengan ketentuan ini dan berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Dia pesan nyanyi dengan ikhlas

Syafiq Farhain masih lagi ingat pesan dan kata-kata nasihat ayahnya itu sebelum arwah terlibat dengan kemalangan motorsikal pada 21 September lalu.

Dia berpesan nyanyi dengan ikhlas dan sentiasa buat baik dekat semua orang. Nak cakap lebih pun saya tak tahu, semoga semua peminat tabah dan doakan yang terbaik untuk arwah.

Abah dalam kenangan

https://www.instagram.com/p/Bo5Ksp6Fx_c/?taken-by=syafiqfarhain

Gambar dan posting ini telah dimuatnaik Syafiq Farhain menerusi laman Instagram selepas mengetahui berita sedih itu. Dia kongsikan gambar ini sebagai kenangan bersama ayah tersayang.

Sumber: mStar, Syafiq Farhain

SKIP THIS AD ×