berita

Pesawat Pejuang TUDM Terhempas Di Pulau Pinang – ‘Seorang Anggota Maut, Seorang Lagi Cedera’

November 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas ketika mendarat di Pangkalan Udara Butterworth malam tadi.

Pesawat pejuang TUDM terhempas

Memetik laporan Harian Metro, insiden cemas itu dipercayai berlaku pada 16 November 2021 (semalam) sekitar jam 10.07 malam. Insiden cemas berkenaan telah meragut nyawa seorang anggota, Kapt Mohamad Affendi Bustamy manakala seorang lagi, Mejar Mohd Fareez Omar mengalami kecederaan.

Kedua-dua juruterbang telah berkahwin dan keluarga telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan TUDM, pihak mereka mengesahkan kemalangan yang berlaku dan kini sedang mengambil tindakan segera. Pihak TUDM juga akan memaklumkan maklumat semasa berhubung insiden ini.

Semua pihak diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita tidak sahih.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi perkongsian di Twitter mengucapkan salam takziah buat keluarga anggota yang terlibat.

TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian. Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut & seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini.

Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera. @MINDEFMalaysia telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat.

Menteri Pertahanan ucap takziah

Sumber: Harian Metro, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Bernama 

SKIP THIS AD ×