berita

‘Baru Dua Hari Lepas Jumpa’ – Remy Ishak Sedih Dengan Berita Pemergian Juruterbang Pesawat Terhempas

August 18th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dengar Penunggang Motosikal Beberapa Kali Menjerit Allahuakbar’

Baru dua hari lepas

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Remy, 41, mendedahkan dia baru sahaja bertemu dengan juruterbang, Allahyarham Kapten Shahrul Kamal Rosalan di sebuah restoran di Shah Alam, Selasa lalu.

elakon itu turut berkongsi beberapa keping foto yang dirakam di samping mengucapkan salam takziah kepada isteri Allahyarham Shahrul Kamal yang telah kehilangan insan tersayang.

Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya Shefa di Mozers Shah Alam.

Hari ini buka WhatsApp dapat berita sedih ini. Saya bersimpati, semoga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman.

Terdahulu, sebuah pesawat ringan yang membawa lapan orang penumpang termasuk dua orang anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie pada petang Khamis.

Nahas tersebut juga turut mengorbankan dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Difahamkan, perakam suara kokpit (CVR) serta kesemua 10 mayat kini dilaporkan telah pun ditemui pihak penyelamat pada jam 10.30 malam pada Khamis.

Kesemua mayat serta cebisan yang dijumpai itu telah pun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×