berita

Pesawat Sriwijaya Hilang Dari Radar, Penduduk Dakwa Nampak ‘Objek’ Jatuh

January 9th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, hari ini. Menurut jurucakap Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) Indonesia, pesawat komersial itu berlepas jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat, dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

Hilang dari radar

Menurut Tribunnews, pesawat berkemungkinan terhempas di Pulau Laki. Walau bagaimanapun, Pengurus Humas Airnav Indonesia, Yohanes Sirait memaklumkan bahawa pihaknya masih menunggu pihak Kementerian Perhubungan untuk mengesahkan perkara ini.

Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Menurut Menteri Perhubungan proses siasatan masih dijalankan dan pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT).

Mungkin terhempas di Pulau Laki

Menurut media tempatan, yang memetik penduduk tempatan, mendakwa melihat sebuah pesawat terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta. Pesawat jenis Boeing B737-500 milik Sriwijaya Air yang berlepas dari Jakarta menuju ke Pontianak telah terputus hubungan. Hubungan terakhir dibuat pada pukul 2.40 petang (waktu tempatan).

Berdasarkan maklumat sementara yang dikumpulkan oleh portal SINDOnews, pesawat itu membawa penumpang yang terdiri daripada 53 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan seorang bayi.

Sumber : KosmoTribunnews

SKIP THIS AD ×