berita

Petani Cabul 11 Kanak-Kanak, Mangsa Paling Muda Umur 5 Tahun

August 30th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Di Makassar, Indonesia, seorang petani ditahan pihak berkuasa atas kesalahan mencabul 11 kanak-kanak di bawah umur.

Artikel Berkaitan: Pensyarah Sado Perkosa Pelajar Ketika Datang Haid

Merogol kanak-kanak bawah umur

motivator hubungan seksual

Menerusi laporan Kompas.com, suspek yang bernama Yasing telah ditahan selepas dilaporkan oleh ibu bapa mangsa kepada pihak polis.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pinrang, Iptu Ahmad Rizal, mangsa adalah kanak-kanak yang masih bersekolah tadika dan sekolah rendah dalam lingkungan umur 5 hingga 11 tahun.

Dikatakan, suspek yang berusia 43 tahun itu memancing mangsa dengan meminjamkan telefon bimbitnya untuk menonton video kartun Doraemon sebelum mengambil kesempatan mencabul mereka.

Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar setelah salah seorang ibu bapa mangsa mula curiga apabila anak mereka mengadu sakit di bahagian kemaluan saat membuang air kecil sebelum mengaku Yasing mencabulnya.

Suspek telah ditahan pihak polis bagi siasatan kes. Selepas siasatan lanjut bersama 13 saksi, suspek dijatuhkan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Sumber: Kompas.com

SKIP THIS AD ×