berita

Pensyarah Sado Perkosa Pelajar Ketika Datang Haid

August 25th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pensyarah rogol pelajar

Gambar sekadar hiasan

Seorang pelajar perempuan trauma didakwa akibat dirogol berkali-kali oleh pensyarahnya sendiri.

Artikel Berkaitan: Tengkorak Gadis Pecah Dihentak Gara-Gara Tolak Lakukan Hubungan Seksual Bersama Pengarah

Artikel Berkaitan: Dua Lelaki Didakwa Merogol & Memasukkan Objek Keras Ke Dalam Alat Sulit Budak 12 Tahun

Tanggal seluar & sebahagian baju

Pensyarah rogol pelajar

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribun News, perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh pensyarah di salah sebuah universiti di Bandar Lampung, Indonesia terhadap mangsa dari Mac hingga Aprl 2023.

Menurut peguam yang mewakili mangsa, Suhendri berkata pada bulan Ramadan lalu suspek ‘memancing’ mangsa dengan meminta pertolongannya untuk membuat bungkusan.

Sebelum perbuatan tersebut berlaku, mereka berdua duduk berbual tentang kuliah di pondok berdekatan dengan pantai.

Suspek kemudian meminta mangsa untuk melakukan hubungan intim namun mangsa menolak kerana sedang datang haid.

Bagaimanapun, lelaki tersebut tetap mahu melakukan perbuatan terkutuk itu dengan memaksa mangsa menanggalkan seluar dan sebahagian bajunya.

Mangsa badannya kecil, kurus dan lemah terpaksa melawan dengan fizikal pensyarahnya yang berbadan besar, tinggi, dan bertubuh tegap.

Kejadian yang sama juga pernah dialami mangsa semasa di kampus iaitu di bilik pensyarah tersebut.

Difahamkan, pihak universiti didakwa tidak memberikan kerjasama berhubung kes berkenaan namun pensyarah itu tidak lagi mengajar di kampus tersebut.

Mangsa pula dilaporkan masih mengalami trauma dan tidak mahu ke kolej.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×