Jeragat merupakan masalah kulit yang kerap dialami ramai individu, ianya akibat daripada pendedahan kepada cahaya matahari, perubahan hormon, faktor usia, dan gaya hidup.

Artikel Berkaitan: Khasiat Minyak Zaitun Dalam Menyokong Kesihatan Wanita

Artikel Berkaitan: Panduan Rawatan Ulser Mulut: Cara Berkesan Mengurangkan Radang & Pedih

Pudarkan jeragat

Tompokan gelap ini bukan sahaja menjejaskan penampilan, malah boleh menurunkan keyakinan diri jika tidak dirawat dengan betul.

Selain rawatan moden, kaedah tradisional sejak dahulu lagi dipercayai berkesan untuk memudarkan jeragat secara semula jadi. Salah satu bahan semula jadi yang sering digunakan adalah jus lemon, kerana ianya kaya dengan vitamin C dan asid sitrik.

Kandungan ini membantu mengurangkan pigmentasi kulit serta memudarkan parut jerawat, sekali gus menjadikan tona kulit lebih sekata dan cerah apabila digunakan secara konsisten.

Selain itu, aloe vera juga terkenal dengan khasiatnya untuk mengekalkan kelembapan kulit dan merawat pelbagai masalah seperti jerawat serta kesan terbakar akibat cahaya matahari.

Kandungan aloesin di dalamnya membantu mengurangkan pembentukan pigmentasi, menjadikannya salah satu rawatan tradisional yang berkesan untuk jeragat.

Tidak ketinggalan, kunyit turut digunakan dalam petua tradisional kerana mengandungi curcumin yang dapat mengawal penghasilan melanin, iaitu punca utama tompokan gelap dan jeragat, serta membantu memperbaiki tona kulit secara semula jadi.

Bahan semula jadi lain yang dapat membantu dalam mengatasi masalah ini ialah teh hijau, kerana memiliki sifat antioksidan dan antiinflamasi. Ia dapat menenangkan kulit iritasi serta mengurangkan kemerahan akibat pendedahan kepada cahaya matahari

Serbuk oat pula berkesan untuk menyerap lebihan minyak pada kulit, mengawal jerawat, menyingkirkan sel kulit mati, dan mengekalkan kelembapan, menjadikannya sesuai digunakan sebagai masker atau dalam rawatan tradisional untuk kulit lebih sihat dan berseri.

Sumber: Hello Doktor