Pelakon drama sitcom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: [FOTO] ‘Manisnya, Tengok Angeline Tan Pakai Tudung’ – Netizen

Lucy & Wan Ismail Golok

Perkahwinan antara dua pelakon tersebut dikongsikan oleh pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham menerusi hantarannya di Instagram (IG).

Selamat pengantin baru abang Sabri Yunus dan kakak Ardini/Angeline Tan.

Alhamdulillah, kami sangat gembira. Semoga cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pi mai pi mai tang tu!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet mengucapkan tahniah selain menzahirkan rasa syukur kepada kedua mempelai.

Untuk info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.

Sumber: Instagram Issey