Di Facebook, seorang pengguna berkongsikan penceritaan salah seorang peminat bola sepak Piala Dunia yang memuji keindahan penganjuran Piala Dunia Qatar kali ini.
Artikel Berkaitan: Peminat Bola Sepak Marah, Tempat Penginapan Di Qatar Macam Kotak Kasut
Artikel Berkaitan: Tonton Piala Dunia Dengan Tahanan, Pegawai Polis Dipuji Netizen
Keindahan Piala Dunia Qatar
Menurutnya, sepanjang kejohanan tersebut berlangsung, golongan bukan Muslim boleh melihat orang Islam menunaikan ibadah solat melalui ruang solat yang diperbuat dari kaca lutsinar di semua sisi.
Salah satu keindahan Piala Dunia Qatar adalah terdapat ruang solat (surau) kaca lutsinar yang membolehkan golongan bukan Muslim melihat orang Islam megerjakan solat.
Tambahnya lagi, selepas dia selesai menunaikan solat Isyak di Stadium Al-Bayt, dia ternampak beberapa orang warga asing berdiri memerhati jemaah bersolat sebelum menegurnya dan bertanya.
Berapa kali sehari kamu melakukan perkara (solat) ini? Bila waktu perlu solat?
Saya jawab, lima kali dan wajib. Jika lebih, bertambah pahala. Kemudian saya memberitahu ia tidak mempunyai waktu yang tetap tetapi berpandukan pergerakan matahari. Lalu, saya membuka aplikasi waktu solat dan menerangkan bahawa dalam beberapa hari, waktu solat akan berubah-ubah selain menjelaskan tentang waktu setiap solat.
Malah, individu bukan muslim terbabit meluahkan rasa kagum dan terkejut sebelum memintanya mengulangi semula apa yang sudah diterangkan tadi serta memohon kebenaran untuk merakamkannya.
Sumber: Facebook