berita

Fasha Sandha Trauma Sambut Syawal Di Kampung, Kesal Dengan Sikap Individu Anggap Covid-19 Perkara Remeh

April 13th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha akui trauma untuk menyambut Lebaran di kampung selepas dia disahkan positif Covid-19 selepas pulang beraya di Rembau, Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Dijangkiti Covid-19 Pada Hari Raya Kedua, Kesal Dengan Pembawa Virus – ‘Selfish, Sebab Kau Hancur Plan Raya’

Artikel Berkaitan: Sibuk Jalani Penggambaran, Fasha Sandha & Suami Sempat Peluk, Cium Di Tepi Jalan Saja

Trauma dan emosi

Fasha Sandha

Mengaku dirinya sedikit emosi, Fasha berkata dia bercadang untuk tidak pulang ke kampung halaman pada Syawal tahun hadapan.

Katanya, itu adalah langkah terbaik bagi mengelakkan daripada perkara sama berulang lagi.

Covid memang boleh sembuh, tapi boleh juga bagi maut bagi orang yang berisiko. Ini merbahaya. Sebab itu saya sangat beremosi.

Mungkin mulai tahun depan saya memilih untuk tidak beraya di kampung mana-mana lagi bagi mengelakkan perkara-perkara begini terjadi lagi. Saya sangat trauma atas apa yang jadi.

Bila kita di kampung, takkan kita nak duduk dalam bilik atau pakai mask dan glove. Kalau orang nak peluk cium kita atau anak kita takkan lah kita nak tolak? Itu pun akan mengguriskan hati juga.

Sebab saya pun jenis sayang budak, saya pun jenis cium budak satu muka. Kalau orang pass Covid saya pun boleh pass Covid pada budak-budak itu pula. Now Saya nak lindungi keluarga saya dulu daripada nak jaga hati orang lain.

Fasha berkongsi mengenai luahannya itu menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam perkongsian sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut berasa kesal dengan sikap segelintir individu yang menganggap virus Covid-19 sebagai perkara remeh.

Sekarang ini sakit akibat Covid 10 peratus sahaja, sakit akibat hati terguris 90 peratus. Ini nak kena beraya, kami je dalam quarantine sampai hari keempat. Lepas itu nak pegi klinik untuk swab test dulu, baru berani nak keluar.

Orang nama Laylerzz semalam yang komen ‘drama nya, covid je pun bukan cancer’,
dah padam komen itu kan. Sampai posting semalam itu auto delete. Mesti koyak lepas kena serang dengan followers saya kan.

Apapun, kepada yang mendoakan family kecil kami terima kasih banyak dan Alhamdulillah.

Terdahulu, Fasha memberitahu dia sekeluarga disahkan positif virus tersebut selepas melakukan pemeriksaan di sebuah klinik ketika dalam perjalanan menuju ke Perlis dari Rembau, Negeri Sembilan.

Menurutnya, dia sudah berasa tidak sihat dan mengalami simptom seperti selsema sejak hari raya pertama.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×