Sebuah syarikat produksi memandang serius kecederaan yang dialami pelakon, Wafariena ketika menjalani penggambaran di Lenggong, Perak, pada 8 Oktober yang lalu.
Artikel berkaitan: Pengarah Didakwa Lepas Tangan Selepas Wafariena Alami Kecederaan, Azhan Rani Dedah Pernah Alami Nasib Sama – ‘Siapa Nak Tanggungjawab?’
Artikel berkaitan: Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang, Ibu Wafariena Beri Tempoh Seminggu Kepada Produksi ‘Lepas Tangan’
Masih jalankan siasatan
Menurut pembantu peribadi kepada penerbit eksekutif produksi tersebut, Izzat, pihaknya masih menjalankan siasatan dalaman berhubung insiden itu. Tambah Izzat, penerbitnya iaitu Datuk Kamarulzaman sedang berada di luar negara pada masa ini.
Saya sebagai penerbit eksekutif (EP) akan mewakili datuk penerbit. Pihak produksi mengambil serius dalam isu kejadian ini dan kami masih menjalankan siasatan dalaman berkenaan insiden yang berlaku untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik buat kedua-dua pihak. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Terdahulu, ibu Wafariena iaitu Suzana Hamad, 59, memberi tempoh seminggu kepada pihak produksi untuk berbincang bagi menyelesaikan segala permasalahan berlaku sebelum membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang.
Sumber: Harian Metro