Sekadar gambar hiasan
Tindakan kejam seorang lelaki yang didakwa memijak seorang kanak-kanak sehingga mati mengundang padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin hari ini. Difahamkan mangsa yang berusia dua tahun, merupakan kanak-kanak yang berada di bawah jagaannya.
Artikel Berkaitan: Polis Tahan Empat Abang Rogol Adik Perempuan Tingkatan 1
Hanya mengangguk faham
Foto: Kosmo
Lapor Kosmo, tertuduh yang merupakan seorang pekerja pasar raya hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin namun, tiada pengakuan yang diberikan oleh tertuduh.
Difahamkan, tertuduh didakwa melakukan tindakan kejam tersebut kepada mangsa, Adam di sebuah rumah di kampung Janglau pada pukul 2 pagi, 11 November yang lalu. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mengulas lebih lanjut, mahkamah telah menetapkan 20 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi laporan kimia dan forensik.
Sumber: Kosmo