berita

Polis Tahan Empat Abang Rogol Adik Perempuan Tingkatan 1

November 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Bukit Kayu Hitam, Kedah empat beradik telah ditahan oleh pihak polis susulan didakwa merogol adik sendiri sejak tiga tahun yang lalu. Apa yang lebih mengejutkan, mereka dipercayai merogol mangsa yang berusia 13 tahun, secara bergilir-gilir di rumah mereka.

Sudah ditahan polis

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, perbuatan terkutuk tersebut akhirnya terbongkar susulan mangsa menceritakan kepada ibunya sebelum mereka tampil membuat laporan polis pada Ahad yang lalu. Menurut sumber, kesemua suspek berusia 17 hingga 36 tahun telah ditahan di lokasi berasingan.

Siasatan awal mendapati dua lagi abang mangsa turut terbabit dan mereka ditahan antara 1 hingga 4 petang semalam.

Difahamkan, empat beradik lelaki itu adalah dari bapa yang sama, tetapi berlainan ibu dengan remaja perempuan terbabit.

Ujar Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat pihaknya mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan kesemua suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×