
Pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki menitipkan nasihat kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memilih sahabat dan individu yang berada dalam lingkungan hidup, termasuk di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Jadikan Solekan Alasan Untuk Qada Solat’ – Ustazah Asma’ Harun Titip Pesanan Buat Para Pengantin
Pilih sahabat
Menerusi satu hantaran di Threads, Ahmad Dusuki berkata persahabatan yang baik seharusnya membawa seseorang lebih dekat kepada Allah dan bukannya menjadi punca kerosakan amalan serta akhlak.
Ketika bersahabat, pilihlah sahabat yang boleh membantu kita ke akhirat Allah. Usahlah bersahabat dengan mereka yang merosakkan amalan dan jalan kita ke sana nanti.
Unfriend, block, delete dan apa sahaja yang menunjukkan kita tidak bersama dengan mereka. Senang untuk menjawab nanti (di akhirat).
Dalam satu hantaran berasingan, Ahmad Dusuki turut mengingatkan bahawa hubungan persahabatan di dunia tidak semestinya kekal membawa kebaikan jika tidak dibina atas dasar takwa kepada Allah.
Di hari akhirat nanti ramai yang pernah kita bersahabat dengannya di dunia, termasuk yang kita follow, kita like dan share serta apa sahaja yang menggambarkan kita bersahabat dengannya akan menjadi musuh kepada kita, kecuali..
Teman-teman karib pada hari itu sebahagian mereka menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang bersetuju dengan pandangan itu, terutama era media sosial apabila ramai dilihat terlalu mudah terpengaruh dengan persekitaran dan individu yang diikuti di platform digital.
Sumber: Threads