Pelakon kacak kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia iaitu Miller Khan sah bergelar tunang kepada pereka fesyen, Farina Rebecca di Jakarta, semalam. Majlis tersebut dipercayai berlangsung sebelum adiknya, Isa Khan, diijabkabulkan dengan Risteena.
Artikel berkaitan:Hanya Sekali Lafaz, Risteena Sah Bergelar Isteri Isa Khan
My loving fiancee
Mudah buat saya mengingati tarikh pertunangan ini dengan hari bahagia Isa. Segala-galanya dipermudahkan untuk saya dan dia. Kalau tiada aral melintang, insya-Allah saya akan melangsungkan perkahwinan, tahun ini.
Menerusi laporan Berita Harian, Miller Khan telah melamar kekasih hatinya itu di udara dengan menaiki helikopter pada ketinggian kira-kira 300 meter atau 1,000 kaki. Manakala, majlis pertunangan yang dihadiri keluarga dan teman rapat itu diadakan di sebuah hotel mewah di Jakarta. Tambah Miller, dia sengaja memilih tarikh yang sama bagi memudahkan mereka mengingati hari bahagia tersebut.
Tulus dan cantik
Disoal mengenai keistimewaan yang ada pada diri Farina, Miller memberitahu bahawa tunangnya itu sangat berdikari. Di samping itu, Farina seorang yang tulus dan cantik seadanya.
Dia juga pandai mengambil hati saya. Paling utama dia menyayangi saya.
Dalam pada itu, Miller turut mendoakan kebahagiaan Isa dan Risteena dari jauh. Dia berharap adiknya itu mampu menjadi imam yang baik untuk Risteena. Ujarnya lagi, dia berharap Risteena menjada adiknya dengan baik.
Sumber: Miller Khan & Berita Harian