berita

Pilihan Mira Filzah Dalam Episod Akhir Pelangi Cinta Buat Penonton Terharu…Sweetnya!

June 7th, 2018 | by Wan
Shout Out!

Isnin lalu telah berlangsungnya majlis Tayangan Eksklusif dan Sesi Beramah Mesra dengan barisan artis Pelangi Cinta bertempat di Pavilion KL. Pada majlis ini peminat bertuah berpeluang menonton episod akhir mini drama Pelangi Cinta yang dibawakan secara eksklusif oleh minuman isotonik 100PLUS.

Bunga pilih siapa?

https://www.facebook.com/my100plus/videos/2136705483012228/

Amboi, bukan main happy lagi ye! Mana tidaknya, siap dapat jumpa artis kesayangan mereka seperti Mira Filzah, Hairul Azreen, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya dan Aiman Hakim Ridza dengan lebih dekat.

Pelangi Cinta sudah mula ditayangkan sejak 7 Mei lalu menerusi saluran TV3 selama 10 minit setiap hari Isnin. Pelangi Cinta mengisahkan tentang Bunga yang mencari teman sebagai pelengkap hidup. Bunga bagaimanapun mengalami kesukaran untuk memilih teman hidup apabila satu demi satu lelaki muncul dalam kehidupannya.

Macam mana best tak ending Pelangi Cinta? Ada yang tak puas hati? Akhirnya dalam ramai-ramai jejaka kacak itu, Bunga pilih…….. Ha tak boleh lah beritahu! Kalau korang semua tak sempat tengok lagi drama best ini, berikut kami kongsikan 5 episod Pelangi Cinta.

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Episod 4

Episod 5

SKIP THIS AD ×