berita

Pink Minta Jersi Nak Beri Kepada Kanak-Kanak Sempena Christmas, Ronaldo Terus Kata ‘Ya’

November 26th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Penyanyi terkenal antarabangsa, Pink menerusi akaun rasmi Twitter miliknya menyiarkan satu ciapan meminta pertolongan pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo bagi mendapatkan jersi yang akan dihadiahkan kepada kanak-kanak bertuah.

Menaja kanak-kanak

Penyanyi terkenal tersebut memutuskan untuk memenuhi impian dua orang kanak-kanak ketika sambutan Krismas tahun ini dengan menaja mereka, dia turut berharap pemilik jersi nombor 7 itu dapat membantu merealisasikan impiannya itu.

Pink turut menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut tidak mahukan hadiah yang lain selain jersi pemain bola sepak terkenal itu. Malah ianya sudah mencukupi dan mampu mengubah hidup kanak-kanak berkenaan.

Hai Cristiano Ronaldo, saya menaja sepasang kanak-kanak tahun ini untuk Krismas yang tidak mahukan apa-apa lagi selain salah satu jersi anda. Mereka tidak mempunyai banyak, tetapi saya berazam untuk memastikan ianya berlaku. Boleh ke hantar kepada saya beberapa helai dan mengubah hidup mereka? Saya tahu anda melakukan perkara yang hebat sepanjang masa, tetapi….

Cristiano Ronaldo bersetuju

Beberapa jam selepas pelantun lagu So What itu menyuarakan bantuannya melalui akaun rasmi Twitternya, Cristiano Ronaldo atau lebih dikenali sebagai CR membalas mesej tersebut dengan bersetuju untuk memberinya beberapa helai baju kepada kanak-kanak itu.

Pemain bola sepak itu juga menyatakan dia berasa gembira untuk membantu dan akan menandatangani jersi tersebut untuk diberikan kepada mereka. Dia turut mengucapkan tahniah kepada Pink, kerana menunaikan impian kanak-kanak itu.

Hai Pink, saya gembira dapat membantu dan akan memberikan beberapa helai baju yang telah ditandatangani untuk kanak-kanak itu, tiada masalah. Tahniah kerana merealisasikan impian mereka!

Sumber: P!nk

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×