Pastinya ramai yang mengenali bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang begitu hebat di atas padang serta banyak menjaringkan gol-gol menarik sepanjang karier beliau.
Artikel Berkaitan: Faisal Halim Nafi Terima Gaji RM80k Sebulan
Gol terbaik tak mampu tandingi ‘kehebatan’ Georgina
Meskipun banyak menjaringkan gol-gol cantik namun, Cristiano mendedahkan bahawa kesemua gol tersebut masih tidak mampu untuk menandingi setiap detik dan pengalamannya melakukan hubungan intim dengan teman wanitanya, Georgina Rodriguez.
Memetik laporan Sportskeeda, pengakuan jujur tersebut dibuat kapten Portugal itu ketika sesi temu bual bersama penyampai Tv terkenal Britain, Peris Morgan yang memintanya untuk menyenaraikan gol terbaik yang pernah dijaringkannya.
Jaringan terbaik saya adalah ketika menentang Juventus pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah edisi 2018 yang lalu. Saya cuba untuk jaringkan gol sebegitu sepanjang karier saya.
Sepanjang karier saya yang telah menjaringkan 700 gol, saya tidak pernah menjaringkan gol melalui sepakan gunting dan akhirnya saya telah berjaya.
Cara saya melompat untuk menjaringkan gol ketika berdepan dengan Buffon, ia merupakan satu gol yang sangat indah.
Namun, apabila ditanya oleh Morgan adakah gol tersebut lebih baik daripada hubungan seks, Cristiano Ronaldo dengan pantas menafikannya.
Oh tidak, tidak jika dibandingkan dengan Geo saya, tidak.
Sekadar info, Ronaldo dan Georgina mula menjalinkan hubungan dari tahun 2016 selepas mereka bertemu di sebuah butik Gucci di Madrid.
Pertemuan tersebut merupakan titik permulaan untuk mereka hidup bersama sebagai seorang pasangan dan kini merupakan ibu bapa kepada lima orang anak iaitu Cristiano Jr., Eva, Alana, Mateo dan Bella.
Sumber: Sportskeeda