berita

‘Pintu Jamban Rumah Cik Kiah’ – Chef Wan Bergurau Penemuan Pintu Kapal Terbang MAS

March 21st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

chef wan

Di kala semua pihak masih bertungkus lumus menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370, ada juga individu yang dilihat tidak sensitif dengan situasi tersebut.

Terkini, menerusi laporan Astro Awani, Chef Wan dikatakan telah berjenaka mengenai penemuan pintu kapal terbang di sebuah pantai.

Menerusi foto tersebut, Chef Wan dilihat bergurau tidak kena pada tempat apabila menyatakan bahawa objek yang disangkanya sebagai pintu kapal terbang Boeing 777 itu merupakan ‘pintu jamban rumah Cik Kiah’.

chef wan

Foto yang dimuatnaik oleh Chef Wan

Agak terkejut juga apabila kami membaca caption tersebut kerana sebelum ini Chef Wan dilihat amat prihatin dengan isu MH370 dan turut menyampaikan rasa simpatinya.

Walaupun foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagram telah pun dipadam, gurauan tersebut dilihat telah menyentuh sensitiviti masyarakat apabila pengikutnya sepakat mengecam tindakan itu.

Seharusnya, sebagai seorang selebriti, Chef Wan perlu lebih berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun sekadar untuk berjenaka, kerana apabila kontroversi telah timbul, ‘kerosakan’ yang dibuat akan lebih susah untuk diperbetulkan semula.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×