berita

PKP 3.0 Tidak Tamat Esok, Bantuan Menyusul – Perdana Menteri

June 27th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Foto: The Straits Times

Tak dinafikan, bilangan kes positif Covid-19 di Malaysia agak membimbangkan. Meskipun beberapa sektor ekonomi telah ditutup sepanjang Perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 25 Mei 2021 lalu, tetapi bilangan kes harian masih mencecah lebih daripada 5000 kes.

Artikel berkaitan: Kerajaan Bakal Umum Pemberian Moratorium & I-Sinar Tidak Lama Lagi, Netizen ‘Teruja’ Tunggu Pengumuman!

Terbaharu, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan PKP tidak akan tamat esok memandangkan bilangan kes masih cecah melebihi 4,000 sehari

Tidak akan tamat lagi

Tan Sri Muhyidin Yassin berkata Fasa Pertama dalam Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan sehingga nilai ambang kes Covid-19 kurang dari 4,000 kes sehari. Sementara itu, kerajaan akan mengumumkan pelbagai bantuan menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada hari Isnin atau Selasa ini.

Pelan Pemulihan Negara

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara bagi menghadapi gelombang ketiga Covid-19. Tambah Perdana Menteri lagi, fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 kekal sehingga ketiga-tiga indikator dalam Pelan Pemulihan Negara dicapai.

Terdapat 4 fasa yang Pelan Pemulihan Negara yang telah dikongsi pihak kerajaan sebelum ini. Fasa 1 seharusnya dijangka tamat pada awal bulan Julai berdasarkan purata kes bawah dari 4,ooo sehari. Namun bagaimanapun, fasa ini dilihat kurang berjaya apabila bilangan kes masih mencatatkan lebih 5 ribu sehari dan dilanjutkan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×