berita

‘Please Come Back!’ – #AmpunTuanku Trending, Rakyat Pujuk Tuanku Permaisuri Agong Kembali Aktif Di Twitter

September 12th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Penutupan akaun Twitter milik Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah iaitu @cheminahsayang mula disedari netizen dan menjadi trending. Rata-rata netizen berpendapat akaun milik Raja Permaisuri Agong dinyahaktifkan kerana segelintir netizen mengeluarkan komen negatif mengenai perkongsian baginda sebelum ini.

#AmpunTuanku kini menjadi trending di laman Twitter dan rata-rata netizen memujuk Raja Permaisuri Agong untuk kembali berkongsi kehidupan dan berinteraksi semula dengan rakyat.

Trending #AmpunTuanku

Tunku Azizah Aminah Maimunah gemar berkongsi saat gembira dan telatah baginda menggunakan aplikasi Twitter. Boleh dikatakan, rata-rata netizen memang gemar melihat dan membalas ciapan baginda itu. Ini juga menjadi salah satu inisiatif untuk mendekatkan diri baginda dengan rakyat.

Kini menjadi trending di laman Twitter, #AmpunTuanku dan Permaisuri Agong. Rata-rata rakyat memujuk baginda untuk kembali aktif dan berkongsi kehidupan baginda di laman Twitter.

Please come back

Permaisuri Agong is a mom to Malaysians

How bad and toxic social media can be

Rata-rata rakyat mengharapkan agar baginda Permaisuri Agong kembali aktif di laman Twitter. Tidak dinafikan, ramai antara kita pasti merindukan perkongsian dari akaun Twitter Permaisuri Agong.

Sebelum ini, terdapat segelintir netizen yang bersikap kurang ajar dengan menyatakan rasa kurang senang mereka secara terbuka terhadap Raja Permaisuri Agong. Tweet dari beberapa pengguna Twitter itu juga dianggap sebagai satu kenyataan yang biadap dan kurang bijak dikeluarkan terhadap Raja Permaisuri Agong.

Sumber: Twitter