berita

Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter, Netizen Serang Beberapa Individu Biadap & Kurang Ajar Ini!

September 12th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Mungkin ramai yang dah tahu, Raja Permaisuri Agong Tunku  Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat sering berkongsikan banyak perkara di laman Twitter rasminya @cheaminahsayang. Sebelum ini, rata-rata netizen dilihat gembira dan senang dengan sikap Raja Permaisuri yang dilihat sebagai mesra rakyat.

Namun baru-baru ini kecoh di laman Twitter apabila terdapat segelintir netizen yang bersikap kurang ajar dengan menyatakan rasa kurang senang  mereka secara terbuka terhadap Raja Permaisuri negara.

‘Block’ Raja Permaisuri

Pengguna Twitter frdsarsf  dikesan memulakan perkara itu dengan satu Tweet yang seakan mengajak orang ramai untuk menyekat Twitter milik Raja Permaisuri Agong dan puterinya Tengku Puteri Iman Afzan.

Macam sembah berhala

Tidak terhenti di situ sahaja, beberapa individu lain dilihat menyokong tindakan lelaki itu sambil mengeluarkan kenyataan kurang sopan terhadap Raja Permaisuri.

Malah, lelaki yang mencetuskan perkara itu juga seakan menyamakan kesetiaan rakyat terhadap Raja Permaisuri ini dengan sembah berhala.

Terima kecaman netizen

Bagaikan sengaja mengundang masalah, lelaki itu serta beberapa individu yang menyokong kenyataan tersebut kemudian ‘dihadiahkan’ dengan kecaman daripada netizen.

Rata-rata daripada pengguna Twitter lain menyifatkan ia sebagai satu kenyataan yang biadap dan kurang bijak dikeluarkan terhadap Raja Permaisuri Agong.

Tunku tutup akaun Twitter

Bagaikan terkesan dengan perkara itu, carian di media sosial mendapati Twitter akaun milik Raja Permaisuri Agong sudah tidak ditemui dan telah dinyahaktifkan.

Sumber: Twitter Nich_4, cheaminahsayang, frdsasrf

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×