berita

‘PM Akan Umum Sesuatu Dalam Masa Terdekat’ – Datuk Seri Ismail Sabri

January 8th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan kerajaan sedang memperhalusi tindakan-tindakan yang perlu diambil segera untuk mengawal penularan COVID-19. Sehubungan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin akan mengumumkan sesuatu dalam masa terdekat.

Akan umumkan sesuatu

 

Menghadapi situasi ini, saya berharap agar semua mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan jangan lupa sama-sama kita doakan keselamatan semua. Oleh itu, kerajaan akan memantau dan membincangkan pendekatan serta langkah terbaik untuk mengawal penularan wabak ini.

Kerajaan melalui sidang kha MKN sedang memperhalusi dan tindakan-tindakan yang perlu diambil segera untuk mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, kerajaan mungkin akan memperketatkan lagi Prosedur Operasi Standard (SOP) terutama yang melibatkan sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan dan sekaligus mengurangkan risiko pandemik ini.

Satu pengumuman akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan.

Akhir sekali, Datuk Seri Ismail Sabri meminta orang ramai agar terus mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan agar mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Video penuh

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×