berita

‘Pocong Under Bajet, Plastik Sampah On’ – Suami Positif Covid-19, Wawa Zainal Pakai PPE Dalam Rumah

January 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Umum mengetahui, usahawan dan pelakon terkenal Aeril Zafrel, telah sah dijangkiti Covid-19, semalam. Walau bagaimanapun, kesemua ahli keluarga dan kakitangannya disahkan negatif setelah melakukan ujian calit Rapid Test Kit (RTK) di sebuah klinik swasta.

Artikel berkaitan: Selepas 4 Kali Buat Swab Test, Aeril Zafril Positif Covid-19

Oleh kerana Aeril terpaksa menjalani kuarantin di rumah, isteri dan anak-anaknya dipercayai tinggal di bilik berasingan agar kesemua mereka terhindar daripada wabak berkenaan. Bagi mengambil semua barang keperluan diri yang diperlukan, gelagat Wawa yang memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sewaktu hendak masuk ke dalam bilik tidurnya ternyata mencuri tumpuan netizen.

Macam pocong dah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Nampak sekejap pun jadilah. Hehe macam pocong dah. Cer teka sapa?

Menurut isteri kepada Aeril iaitu Wawa Zainal, sebelum dia hendak naik ke ruang bilik tidur mereka, pelbagai barang keperluan sudah terlintas di dalam fikirannya. Antara barang yang ingin diambil ialah, pencuci muka, serum serta ubat-ubatan.

Ujar Wawa lagi, dia sempat memakai pakaian perlindungan diri sewaktu hendak mengambil semua barangan keperluan tersebut. Namun begitu, hanya pakaian sahaja sempat ‘dicapai’ sewaktu masuk ke dalam bilik. Ini kerana, dia berasa terlalu panas ketika memakai pakaian perlindungan tersebut .

Sedih berbaur lucu

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Wawa sewaktu memakai PPE. Namun, ada juga yang sedih melihat Aeril yang terpaksa kuarantin berasingan seorang diri.

Sumber: Aeril Zafrel

SKIP THIS AD ×