Usahawan dan pelakon terkenal Aeril Zafrel, menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya memaklumkan dia dan pengurusnya telah dijangkiti Covid-19.
Walau bagaimanapun, ahli keluarganya dan kakitangannya disahkan negatif setelah melakukan ujian calit Rapid Test Kit (RTK) di sebuah klinik swasta.
Sah positif Covid-19
Menerusi kapsyen yang digunakan pada video tersebut, menceritakan dia telah disahkan positif Covid-19 sejak semalam. Jelasnya lagi, pada hari Isnin yang lalu, dia baru sahaja pergi ke rumah pengurusnya berikutan keadaan pengurusnya yang ketika itu sedang demam.
Aku pergi ke rumah p.a/manager aku sebab dia demam. So aku ke sana sebab kebiasaannya aku yang akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni.Jadi sebab hari pun dah lewat so aku decide untuk tidur sana.
Pada keesokan harinya, Aeril mengambil keputusan untuk membawa pengurusnya untuk melakukan ujian calit. Malahan, Aeril turut melakukan ujian tersebut bagi mengetahui status kesihatan dirinya.
Rabu, result keluar dan aku & manager positive. Immediately aku panggil klinik swasta untuk swab test family dan staff aku sebab ada jumpa dorang. Swab test RTK kesemua mereka negative dan masih menanti result PCR pulak. doakan negative juga.
Jelas Aeril lagi, kini dia sedang menjalani kuarantin wajib seorang diri selama 10 hari di bilik rumahnya.
Now manger aku tu dah recover then tak demam lagi. Tapi tetap self quarantine
Menerusi temubual secara atas talian di program Meletop Selasa lalu, Aeril memaklumkan dia sudah empat kali melakukan ujian swab test.
Sekarang ini bila badan tak sedap je terus rasa tak yakin. Terus buat swab test.
Video ujian swab
View this post on Instagram
Sumber: Aeril Zafrel