berita

Polis Beri Amaran Kepada Pemilik Ysuku, Selebriti Yang Lakukan Ubahsuai Motor

September 9th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini, motosikal jenis Honda EX5 menjadi tumpuan para penunggang untuk diubahsuai bagi tujuan perlumbaan. Terbaru, motosikal Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku pula menjadi trend yang sama untuk dilakukan pengubahsuaian.

Menerusi laporan Harian Metro, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan memberi tumpuan terhadap motosikal Ysuku yang diubahsuai bagi tujuan perlumbaan.

Diupah sebagai joki

Sekadar gambar hiasan

Menurut Timbalan Pengarah Penguatkusaan, Kawalan Lalu Lintas dan Pengurusan Saman, JSPT Datuk Mohd Nadzri Hussain, pihak polis sudah menyedari bahawa ramai pemilik motosikal Ysuku termasuk golongan selebriti, sudah melakukan pengubahsuaian sepenuhnya terhadap motosikal tersebut.

Tambahnya, pihak polis juga menerima info bahawa wujudnya kumpulan penunggang Ysuku yang diupah sebagai joki oleh bengkel bagi menguji motosikal yang diubahsuai termasuk untuk perlumbaan.

Sebelum ini trend ubahsuai motosikal ini lebih kepada model Honda EX5 tetapi kini mereka sudah beralih kepada Ysuku. Dalam operasi yang dijalankan terutama pada hujung minggu bagi mengekang kegiatan perlumbaan di jalanan, banyak tangkapan oleh JSPT membabitkan penunggang motosikal berkenaan dan jumlahnya semakin meningkat.

Boleh mendatangkan musibah

Sekadar gambar hiasan

Pemilik yang melakukan pengubahsuaian terhadap bahagian enjin motosikal tersebut, bakal berhadapan dengan musibah sekiranya motosikal tersebut tidak dapat menampung kelajuan yang baru.

Sebagai contoh bahaya, jika ‘Ysuku’ itu dijual dengan spesifikasi kelajuan 110 kilometer sejam (km/j), jangan ubah enjin untuk menunggangnya sehingga kelajuan lebih 140 km/j, ia melanggar undang-undang jalan raya. Polis juga khuatir motosikal itu tidak dapat menampung kelajuan baru sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut. Dalam hal ini, penunggang bukan saja membahayakan diri sendiri malah pengguna kenderaan lain.

Sementara itu, Mohd Nadzri berkata memberitahu bahawa sebanyak 1,384 saman sudah dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan dalam operasi baru-baru ini.

Selebriti yang mempunyai motosikal Ysuku

Terdahulu, kecoh dan viral di media sosial apabila Ysuku edisi Siti Sarah yang membuatkan suaminya, Shuib Sepahtu terkejut berjaya mencuri tumpuan netizen. Selain terkejut motosikalnya dihias, Ysuku Shuib turut dijadikan bahan gurauan rakan-rakan selebriti yang lain apabila mereka turut menunjukkan kehebatan motosikal mereka.

Antara selebriti yang memuat naik status di media sosial sebagai pemilik Y15ZR ialah Zizan Razak, Shuib Sepahtu, Ajak Shiro, Izzue Islam, Jep Sepahtu, Achey Bocey dan Dato Aliff Syukri

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×