berita

Polis Britain Mohon Maaf, Gantung Sampai Mati Lelaki Yang Rupanya Tidak Bersalah

September 5th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pihak polis Britain memberikan permohonan maaf kepada keluarga seorang lelaki yang disabitkan secara salah atas kesalahan membunuh dan telah dihukum mati di penjara Britain.

Pengadilan wujud isu perkauman

Mahmood Mattan, seorang bapa warga British-Somalia kepada tiga anak dihukum gantung ketika usia 28 tahun pada September 1952 selepas disabitkan secara salah akibat kegagalan keadilan 70 tahun lalu.

Memetik laporan The Guardian, Mahmood Mattan disabitkan bersalah membunuh Lily Volpert di kedai pakaian di Cardiff, dan mengaku tidak bersalah sehingga hujung hayatnya.

Pada 1998, keluarga Mattan tanpa jemu memperjuangkan kematiannya melalui kempen dan sabitan kesalahan lelaki itu menjadi rujukan Suruhanjaya Semakan Kes Jenayah pertama yang dibatalkan di mahkamah rayuan.

Menurut Ketua Konstabel Polis South Wales Jeremy Vaughan, kes tersebut berlaku pada zaman ketika isu perkauman, sikap berat sebelah dan prejudis masih berleluasa.

Tidak syak lagi Mahmood Mattan adalah mangsa kegagalan keadilan akibat daripada pendakwaan berat sebelah yang mana polis juga menjadi sebahagian daripadanya.

Detektif dari polis bandar Cardiff, kini sebahagian daripada polis South Wales, menyiasat pembunuhan Volpert berusia 41 tahun yang lehernya dikelar di sebuah kedai pada Mac 1952.

Tambahnya lagi, permohonan maaf tersebut adalah wajar atas apa yang berlaku 70 tahun lalu bagi mengurangkan penderitaan dahsyat keluarga Mattan dan semua yang terjejas.

Malah sehingga hari ini, kami masih bekerja keras untuk memastikan perkauman dan prejudis dihapuskan daripada masyarakat dan kepolisan.

Pada ketika itu, isteri Mattan, Laura dan tiga anak lelaki mereka David, Omar dan Mervyn berkempen selama 46 tahun untuk namanya dibersihkan, namun kini kesemua mereka sudah meninggal dunia.

‘Terlalu lewat untuk mohon maaf’

Cucu kepada Mattan, Tanya Mattan memberitahu BBC bahawa permohonan maaf itu sudah terlalu lambat bagi mereka yang terjejas secara langsung.

Sudah terlalu lewat untuk memohon maaf kerana mereka tidak lagi bersama kami dan kami masih belum mendengar kata-kata ‘saya/kami minta maaf’.

Sumber: The Guardian

SKIP THIS AD ×