berita

Polis Buru & Dedah Wajah ‘Datuk Seri’ Panjat Pagar SPRM

October 16th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam timbul pelbagai spekulasi mengenai tindakan seorang Datuk Seri yang terlibat dalam sindiket Macau Scam yang telah melarikan diri dengan memanjat pagar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel Berkaitan: Kes Datuk Seri Panjat Pagar SPRM Terjawab, Lepas Tengok CCTV Rupa-Rupanya…

Terkini, pihak polis giat memburu ‘Datuk Seri’ tersebut yang dikenali sebagai Goh Leong Yeong bagi membantu siasatan.

Diburu polis

Goh dikehendaki bersabit siasatan yang melibatkan tiga kes di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana dia terlibat dalam penganjuran judi secara atas talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Suspek juga telah melarikan diri sebaik sahaja dilepaskan dengan jaminan SPRM atas tuduhan terlibat dalam kes Macau Scam.

Pihak polis meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, DSP Ahmad Zamri. Selain itu, orang awam turut boleh menghubungi Inspektor Muhammad Faizal di talian 017-3126411 atau mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan polis.

Ketika kejadian

Ketika kejadian suspek dilihat menerusi rakaman CCTV berjaya melepasi pagar belakang Ibu Pejabat SPRM dengan bantuan dua orang ‘bodyguard’ dan sebauh kereta Perodua Myvi telah bersiap sedia di tepi jalan bagi melarikan mangsa.

Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama. Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

Walaupun begitu, suspek utama Macau Scam yang juga merupakan Datuk Seri itu dikatakan sudah memasuki kenderaan Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu untuk menuju ke pintu pagar utama. Namun, secara tiba-tiba suspek bertindak keluar daripada kereta dan melarikan diri ke pagar sisi pejabat SPRM. Ketika pihak polis menahan kereta terbabit, baru lah mereka sedar bahawa suspek sudah melarikan diri.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap & Harian Metro

SKIP THIS AD ×