berita

Polis Jumpa Kondom, 5 Individu Kantoi Buat Hubungan Seksual Di Masjid

August 21st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Hubungan Seksual Masjid

Gambar sekadar hiasan

Polis berjaya menangkap lima individu yang didakwa melakukan hubungan seksual di sebuah masjid yang disaksikan oleh seorang penduduk tempatan.

Artikel Berkaitan: Tengkorak Gadis Pecah Dihentak Gara-Gara Tolak Lakukan Hubungan Seksual Bersama Pengarah

Artikel Berkaitan: Isteri Nak Buat Seks Dengan Bekas Kekasih Sebelum Meninggal Dunia

Suspek mengaku

Hubungan Seksual Masjid

Gambar sekadar hiasan

Kejadian yang berlaku di Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia itu terbongkar apabila seorang penduduk tempatan, Tri Agus Triono yang sedang menunggang motosikal melihat lima orang individu duduk di bangku masjid kira-kira jam 2.30 pagi.

Ketika itu saya pulang dari kerja, saya nampak mereka bermesra di atas bangku. Saya kemudian menghampiri mereka.

Setelah disosal siasat, didapati empat daripada individu tersebut merupakan remaja bawah umur (dua lelaki dan dua perempuan) di mana seorang lagi adalah pemuda berusia 24 tahun.

Gadis-gadis itu akhirnya mengaku, mereka baru sahaja melakukan persetubuhan.

Mereka juga mendedahkan bahawa kejadian itu dilakukan di masjid.

Susulan itu, Tri melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis sebelum polis menahan kelima-lima suspek.

Empat daripada suspek akhirnya mengaku melakukan hubungan terlarang di masjid berkenaan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa juga berjaya menemukan kondom yang dipercayai digunakan oleh mereka sebelum ini.

Sumber: Serambinews

SKIP THIS AD ×