berita

Polis Jumpa Kondom Baru Guna & RM200, Ibu Tunggal Mengaku Salah Buat Bisnes ‘Jual Badan’

July 14th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Johor, seorang ibu tunggal dipenjara empat bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan menawarkan khidmat seks di sebuah rumah di Jalan Arab, awal bulan ini.

Aktiviti persundalan

Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh, Nur Shafiqah Mohd Faris, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar membuat serbuan di sebuah rumah pada jam 11.30 malam, 9 Julai lalu.

Dalam serbuan itu, terdapat dua individu masing-masing seorang lelaki dan wanita berada di ruang tamu. Mereka disyaki menjalankan aktiviti persundalan. Hasil pemeriksaan dalam bilik tidur kemudian menemui tertuduh serta seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai pelanggannya.

Bukan itu sahaja, pihak polis turut menemui kondom yang baru digunakan serta wang tunai berjumlah RM200. Berikutan daripada itu, tertuduh ditahan dan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap 9 Julai lalu. Di mahkamah sama juga, tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap satu lagi pertuduhan kerana menggunakan dadah jenis methamphetamine.

Ianya susulan ujian air kencing yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mendapati dia positif dadah terbabit. Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 13 September depan untuk sebutan semula kes serta laporan kimia.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×