
Seorang pelajar perempuan dilaporkan mengalami kecederaan dipercayai ditikam oleh seorang wanita di sebuah sekolah di Banting, Selangor pada pagi Isnin.
Artikel Berkaitan: Rakaman CCTV Bongkar Pembunuhan Gadis 17 Tahun, Mayat Disumb*t Dalam Bagasi & Dibuang Di Landasan Kereta Api
Pelajar ditikam
View on Threads
Berdasarkan laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi telah mengesahkan kejadian tersebut dan bakal mengeluarkan kenyataan susulan.
Dalam masa yang sama, beliau juga memaklumkan bahawa mangsa ketika ini berada dalam keadaan stabil.
Ya, kejadian berlaku, kenyataan media awal akan dikeluarkan untuk pengesahan dan keadaan mangsa stabil.
Terdahulu, tular di platform Threads, sebuah video memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam memasuki kawasan sekolah dengan membawa sebilah pisau.
Dalam video yang sama, kelihatan para pelajar lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri dan menjerit ketakutan.
Sumber: Bernama





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
