
Gambar sekadar hiasan
Keadaan remaja perempuan yang didakwa disamun dan dirogol ketika berjoging di Palekbang, Tumpat, Kelantan kelmarin dilaporkan stabil namun masih mengalami trauma.
Artikel Berkaitan: Remaja Perempuan 15 Tahun Dipercayai Disamun & Dir*gol Ketika Keluar Joging
Remaja dirogol

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie memaklumkan, remaja berusia 15 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.
Mangsa dalam keadaan stabil tetapi masih trauma berikutan kejadian itu.
Dia juga masih di bawah pemerhatian doktor di hospital.
Dalam pada itu, Khairi juga memaklumkan bahawa pihaknya sedang mempertingkatkan usaha untuk mencari suspek kes tersebut.
Tambah Khairi, Unit K9 juga telah digerakkan bagi membantu mengesan suspek yang masih bebas, selain pihak penyasiat juga ketika ini sedang meneliti petunjuk.
Kami masih mengesan suspek dan Unit K9 sedang membantu dalam usaha menjejaki serta mengesannya.
Kami meminta sesiapa saja yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan untuk menghubungi polis dengan segera.
Terdahulu, seorang remaja perempuan didakwa disamun serta dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali semasa berjoging. Mangsa dilaporkan ditemui dalam keadaan cedera di kawasan semak sekitar jam 11:00 pagi.
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)