berita

Polis Sahkan Addy Kanna & Alvin Goh Tak Terlibat Macau Scam Tapi…

October 20th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebelum ini viral apabila Andy Kanna didakwa merupakan ketua scammer terbesar di Malaysia. Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memanggil beberapa individu termasuk artis untuk membantu siasatan berhubung sindiket Macau Scam.

Artikel Berkaitan : Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Akan Dipanggil SPRM Bantu Siasatan Kes Macau Scam

Terbaru, pihak polis mengesahkan Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.

Bukan Macau Scam

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, siasatan mendapati dua lelaki terbabit iaitu Addy Kanna dan Goh Leong Yeong berperanan sebagai koordinator atau ejen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet.

Pusat panggilan yang beroperasi di unit kediaman mewah dan pejabat itu menjalankan operasi harian dengan menyasarkan rakyat di China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang serta tuntutan barang seperti scam.

Dakwaan pihak tertentu yang menganggap kegiatan penipuan dalam talian di negara ini membabitkan dua individu itu adalah tidak tepat.

Tambahnya lagi, dakwaan pihak tertentu mengaitkan kegiatan penipuan dalam talian di negara ini dengan dua individu terbabit adalah tidak tepat. Ini kerana, katanya, kegiatan penipuan dalam negara dilakukan oleh sindiket penipuan lain.

Tidak tepat maklumat

Beliau turut menegaskan bahawa dakwaan mengenai Addy Kanna akan dibebaskan juga tidak tepat kerana individu itu sedang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu.

Kita juga masih mengesan Alvin yang melarikan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu.

Malah dakwaan perbualan telefon yang tular menyatakan Addy akan dibebaskan juga tidak tepat apabila dia kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu selain usaha mengesan Alvin masih giat dijalankan.

Buat masa ini, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tidak akan mendedahkan kegiatan penipuan oleh Alvin dan Addy Kanna ini dalam masa terdekat bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat tempatan.

Update terkini : Addy terlibat

Terbaru, polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna memang terlibat dalam kes penipuan Macau Scam, judi online dan penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing Forex.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, siasatan awal mendapati sindiket pusat panggilan judi online antarabangsa yang melibatkan Addy Kanna ini menjalankan kegiatan mempromosi selain memperdaya mangsa pelaburan Forex.

Sumber : Harian Metro

 

×