Terdahulu, pelakon terkenal Indonesia iaitu Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie ditahan polis tempatan atas dakwaan memiliki dadah jenis syabu. Difahamkan, kes ini terbongkar apabila pihak polis menangkap seorang pemandu dan menemui dadah jenis syabu di dalam sebuah kenderaan. Pemandu tersebut bagaimanapun, mengaku barang terlarang itu adalah milik Nia Ramadhani.
Artikel berkaitan: ‘Ya, Ada Barang Bukti’ – Nia Ramadhani, Suami Ditahan Polis Terbabit Kes Dadah
Disahkan positif dadah
Kredit foto: CNN Indonesia
Memetik laporan CNN Indonesia, Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Jaya Kombers iaitu Yusri Yunus memaklumkan hasil ujian air kencing yang dilakukan Nia Ramadhani dan suaminya adalah positif syabu. Manakala, pemandu berkenaan turut ditahan polis susulan keputusan air kencingnya positif dadah jenis metaphetamine.
Ujian air kencing telah dilakukan terhadap ketiga-tiga individu ini dan hasilnya adalah positif syabu dan metaphetamine. Penyelidik juga akan melakukan pemeriksaan ujian pada rambut dan darah mereka bagi mengetahui kandungan dadah yang telah diambil.
Ketiga-tiga mereka telah menjalani ujian saring Covid-19 mengikut protokol kesihatan dan didapati negatif.
Difahamkan, pendedahkan kes ini bermula apabila pihak polis berjaya menahan seorang pemandu di daerah Pondok Pinang, Jakarta pada hari Rabu lalu. Dalam penahanan tersebut, pihak polis telah menemui dadah jenis syabu di dalam kenderaan sebelum pemandu itu membuat dakwaan ianya milik pelakon Sinetron Bawang Merah Bawang Putih.
Susulan itu, pihak polis segera membuat serbuan ke rumah pelakon berkenaan dan berjaya menemui peralatan alat hisap syabu (bong). Nia Ramadhani turut mendedahkan suaminya juga menghisap barang terlarang itu sebelum menyerahkan diri kepada Polis Metro Jakarta Pusat pada jam 8.00 malam waktu tempatan.
Sumber: CNN Indonesia