berita

‘Ya, Ada Barang Bukti’ – Nia Ramadhani, Suami Ditahan Polis Terbabit Kes Dadah

July 8th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Sinetron terkenal iaitu Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie dilaporkan ditahan polis Indonesia atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Kantoi memiliki dadah

Kredit foto: Suara.com

Memetik laporan CNN Indonesia, Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Jaya Kombers iaitu Yusri Yunus memaklumkan pasangan suami isteri itu telah ditahan pihak polis atas dakwaan terlibat dalam kes penyalahgunaaan dadah selepas didapati memiliki barang terlarang itu.

Saya membenarkan Nia dan Ardi sementara kita lakukan pemeriksaan di Polres Jakarta Pusat (Ibu Pejabat Polis). Saya akan mengadakan sidang akhbar selepas Zuhur nanti.

Dalam penangkapan tersebut, pihak berkuasa tempatan telah menemui dadah jenis syabu tetapi masih belum mengetahui jumlah dan berat barang tersebut.

Ya, ada barang bukti syabu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan belum mendedahkan berita lanjut mengenai kronologi tangkapan dan bahan bukti yang dipercayai milik pasangan tersebut.

Pihak berkuasa akan membuat sidang media berhubung kes ini pada petang nanti. Malah, sehingga kini, pihak media tempatan masih gagal untuk mendapatkan respon daripada pelakon Bawang Merah Bawang Putih itu.

Sumber: CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×