berita

Polis Tahan 5 Remaja Buli, Tak Puas Hati Sebab Kena Ejek

April 17th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Tangkap layar video

Semalam, tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang remaja dipercayai pelajar sekolah berikutan memakai uniform sekolah telah dipukul oleh dua lelaki. Bagaimanapun, menerusi video tersebut dapat dilihat mangsa ketika itu sama sekali tidak melawan dan hanya ‘mendiamkan’ diri.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan warganet dan mengecam tindakan si pelaku.

Kerana tidak puasa hati

Tangkap layar video

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di hadapan sekolah di Taman Daya, Johor Bahru, pada 8 April yang lalu. Susulan daripada itu, lima remaja lelaki telah ditahan berikutan kejadian memukul pelajar tingkatan dua itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, kejadian tesebut berlaku kerana rasa tidak puas hati suspek yang beranggapan mangsa menyindir adik saudaranya. Ujarnya lagi, seorang daripada suspek bersama empat rakannya bertindak menyerang mangsa dengan memukulnya beberapa kali.

Kelima-lima suspek berusia 15 hingga 17 tahun ditahan hari ini. Mengikut laporan polis dilakukan di Balai Polis Setia Indah, mangsa mengadu dipukul lima lelaki yang tidak dikenali ketika berbual dengan rakannya di hadapan sekolah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×