berita

Polis Tahan Lelaki ‘Gatal’ Tunjuk Kemaluan & Cuba Mencabul

April 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Gara-gara tidak dapat mengawal nafsu, seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis kerana melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluan dan cubaan untuk mencabul wanita.

Artikel Berkaitan: Didakwa Cabul Murid Sendiri, Mudir Pusat Tahfiz Dihadapkan Ke Mahkamah

Artikel Berkaitan: Liwat & Rakam Video Porno Remaja Lelaki, Ejen Insuran Dipenjara 33 Tahun

Suspek mengekori mangsa

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Kuching, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menjelaskan bahawa pihaknya telah mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kes berkenaan dan telah melakukan tangkapan.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu telah ditahan pada jam 1.15 tengah hari Khamis, di sebuah kilang di Jalan Batu Kawa oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

Setakat ini, polis menerima sebanyak enam laporan kejadian mangsa cuba dicabul kehormatan dan tindakan suspek melakukan kelucahan melampau.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, sebelum lelaki tersebut melakukan aksi tidak senonoh, dia telah mengekori mangsa terlebih dahulu.

Suspek mengekori mangsa dan apabila tiba di kawasan sunyi lalu suspek mengambil kesempatan menunjukkan kemaluannya.

Sementara itu, polis juga telah merampas pakaian suspek, sebuah motosikal dan dua topi keledar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan untuk siasatan lanjut suspek telah direman di Mahkamah Kuching.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×