Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan kepada seorang ejen insurans setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan terhadap seorang remaja lelaki pada tahun 2019 iaitu melakukan amang seksual fizikal dan merakam video pornografi.
Artikel Berkaitan: Polis Berkas Seorang Lelaki Didakwa Cabul Wanita Di Dalam Tandas Masjid
Artikel Berkaitan: Cabul & Liwat Remaja Lelaki, Bekas Guru Sekolah Rendah Kekal Dipenjara 14 Tahun
Menyamar untuk pancing mangsa
Gambar sekadar hiasan
Berdasarkan fakta kes, tertuduh Ahmad Jalaludeen Rahumathulla telah memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai wanita melalui media sosial untuk berkenalan dengan remaja tersebut. Tertuduh kemudian mula menyuruh mangsa untuk berkongsi gambar bogel miliknya dan mengugut untuk menyebarkan gambar berkenaan.
Putar belit tertuduh tidak habis di situ, dia malah menyamar pula sebagai individu lain yang kononnya berpura-pura hendak membantu mangsa bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan membawa remaja itu pulang ke rumahnya.
Semasa pertemuan, tertuduh telah melakukan amang seksual, meliwat dan melakukan onani terhadap mangsa. Lebih parah lagi, dia merakam aksi tidak senonoh itu kemudian menyebarkannya kepada rakan mangsa di media sosial.
Perbuatan jijik lelaki itu terbongkar akhirnya apabila rakan mangsa menonton video tersebut dan memaklumkan kepada pihak sekolah.
Tiga pertuduhan
Gambar sekadar hiasan
Pertuduhan pertama, tertuduh berusia 36 tahun itu didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun dan merupakan pelajar sekolah menengah.
Seterusnya, bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal sekali lagi serta membuat rakaman pornografi mangsa. Kesemua kesalahan berlaku di rumah tertuduh di daerah Georgetown, Pulau Pinang sekitar bulan Disember 2019.
Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan melakukan amang seksual fizikal.
Manakala bagi kesalahan melakukan rakaman pornografi pula, dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Mazdi Abdul Hamid memerintahkan tertuduh supaya menjalani hukuman berkuat kuasa serta merta dan tidak membenarkan penangguhan hukuman. Pendakwaan kes dikenadalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aimy Zainul Anwar manakala tertuduh diwakili peguam, V. Parthipan.
Sumber: Harian Metro