berita

Popular Sebagai Influencer Masakan, Sid Murshid Tampil Dengan Lagu Baharu ‘I X Kesah’

September 22nd, 2023 | by Yong
Kini Trending

Setelah hampir setahun menyepikan diri dari bidang muzik, Sid Murshid kini kembali aktif dengan mempertaruhkan single dan video muzik terbaharunya bertajuk ‘i x Kesah’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ingatkan Jaga Batas’ – Netizen Kecewa Tengok Hawa Rizwana ‘High-Five’ Dengan Influencer Lelaki

Gemar mengekspresikan perasaan

Sid Murshid, 30, sering menjadi bualan hangat di media sosial apabila dia mencipta lagu mengenai makanan kegemarannya seperti pisang goreng dan nasi lemak.

Menurut penulis lagu ‘Hiasi Duniaku’ dendangan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata bahawa dia berhasrat untuk menghadiahkan lagu ‘i x Kesah’ khas buat para pengikutnya di media sosial.

Bagi mereka yang sudah lama mengikuti saya pasti sudah tahu pada awalnya saya ialah seorang penyanyi.

Namun, seiring peredaran masa melalui aplikasi TikTok dan Instagram, saya cuba sesuatu yang baharu dengan mempamerkan bakat masakan saya dan ternyata orang ramai suka pada kandungan sebegitu sehingga berjaya mendapat sambutan.

Walaupun saya semakin dikenali kerana masakan, akan tetapi muzik dan nyanyian masih merupakan keutamaan saya.

Tambah Sid lagi, lagu baharunya yang bergenre pop memiliki mesej untuk disampaikan kepada setiap individu betapa pentingnya menyayangi diri sendiri sebelum mengutamakan orang lain.

Dengan itu, saya berharap lagu ini menjadi inspirasi kepada orang ramai yang kadang-kadang lupa untuk menghargai diri sendiri.

Saya juga berharap ia akan mendapat sokongan dan tempat di hati para peminat seperti lagu-lagu sebelumnya iaitu ‘Lelah’, ‘Biarkan’, ‘Rakaman’, dan banyak lagi.

Lagu ‘i x Kesah’ merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Sid Murshid, manakala lirik lagunya pula adalah hasil nukilan Izi Faizal dan penyanyi ini sendiri.

Maksud di sebalik lagu ‘I x kesah’

Berkisarkan perasaan serik menunggu cinta untuk dibalas, ‘i x Kesah’ menggambarkan suara hati seseorang yang akhirnya memilih untuk tidak mengambil peduli dan membazirkan tenaga dengan berhenti mengejar sebuah kisah percintaan yang belum tentunya akan berlaku.

Sempena pelancaran lagu ini, ShopBack ingin menghadiahkan ‘Cashback’ berjumlah RM10 kepada semua yang mendaftar akaun ‘ShopBack’, dengan menggunakan kod rujukan ‘IXKESAH’ untuk menebusnya.

Difahamkan, lagu ‘i x Kesah’ boleh didapati di semua pelantar digital, Spotify, Apple Music, Joox, YouTube Music dan sebagainya pada 22 September 2023. Tontoni video muzik lagu ‘i x Kesah’ di laman YouTube rasmi Sid Murshid.

SKIP THIS AD ×