berita

[VIDEO] ‘Ingatkan Jaga Batas’ – Netizen Kecewa Tengok Hawa Rizwana ‘High-Five’ Dengan Influencer Lelaki

June 30th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Nama pelakon dan pengacara popular, Hawa Rizwana semakin melonjak naik dengan bakatnya yang dilihat makin meluas dalam pelbagai bidang.

Oleh demikian, segala pergerakan yang dilakukan sering diperhati dan menjadi perhatian.

Artikel Berkaitan: Hawa Rizwana Digelar Mangsa Fesyen, Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Pakaian Ketat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tersipu Malu Dengan Pengakuan Sendiri, Hawa Rizwana Pilih Hun Haqeem Sebagai ‘Celebrity Crush’

Artikel Berkaitan: ‘Sebenarnya Baju Yang Saya Gayakan Itu Labuh’ – Hawa Rizwana Minta Maaf Pakai Seluar Ketat

Tak menjaga batas

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Hawa atau nama penuhnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan dilihat bersama seorang pempengaruh social media, Sid Murshid.

Dalam video itu, mereka dilihat bersama-sama menjayakan satu masakan iaitu nasi goreng yang dipilih sendiri Hawa.

Selain itu, Hawa dan Sid turut melakukan ‘high-five’ beberapa kali.

Pergaulan yang ditonjolkan semasa memasak itu mencetus rasa kurang selesa dalam kalangan netizen yang menganggap Hawa bukan seorang yang sebegitu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sid Murshid (@sid_murshid)

Netizen kecewa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati aktres berusia 28 itu untuk menjaga batas pergaulan dengan imejnya yang bertudung. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang menegur kedua-dua pempengaruh itu untuk tidak membaling-baling bahan masakan ketika memasak.

Sumber: Instagram @sid_murshid

SKIP THIS AD ×