Di Instagram, Puteri Sarah Liyana berkongsi video menggambarkan perangai mak-mak ketika sarapan pagi di hotel tidak habis dimakan.
Perangai mak-mak
Perangai mak-mak bila makan buffet tak habis. Siapa perangai dia macam ni. Siap ada tangan kecil tolong kat tepi tu.
Menerusi video yang dikongsikan, Sarah menunjukkan cara mak-mak membungkus makanan di hotel tatkala anak-anak tidak dapat menghabiskan makanan tersebut. Sarah kelihatan menggunakan tisu untuk membalut ‘sosej’ dan ‘fries’ yang diambil olehnya sebelum memasukkan makanan tersebut ke dalam beg.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Sarah. Menurut netizen, mereka turut melakukan perbuatan yang sama ketika makan di hotel. Selain netizen, bekas ibu mentua Sarah iaitu Datin Patimah turut mengaku pernah melakukan perbuatan itu.
Sumber: Puteri Sarah