
Dalam era media sosial hari ini, perdebatan mengenai soal kewangan dalam hubungan sering menjadi topik hangat. Tidak kira di TikTok, X mahupun Facebook, pasti akan muncul perbandingan seperti “wanita guna duit lelaki ialah kaki kikis, tetapi lelaki guna duit perempuan dianggap susah senang bersama.”
Artikel Berkaitan: Jazmy Juma Akui Pernah Lewat Ke Set, Tepis Dakwaan Sukar Beri Kerjasama – ‘Perkara Itu Saya Tak Boleh Kawal’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Profesional, Perhatian Apa Yang Kau Nak?’ – Jazmy Juma Tak Pilih Media Sosial Sebagai Tempat Teguran
Gelaran wanita kaki kikis tak adil?
POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain di fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk kita melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.
Untuk edisi pengenalan hari ini, POV XTRA bertanya pendapat Jazmy Juma, hero drama bersiri baharu Yes Captain Zul Aaryan yang bersiaran di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Menurut Jazmy, pandangan sebegitu terlalu umum dan tidak boleh dijadikan ukuran terhadap semua pasangan.
Menurut Jazmy, setiap hubungan mempunyai persefahaman dan cara pengurusan kewangan yang berbeza. Justeru, seseorang tidak sepatutnya terus dilabel hanya kerana menerima bantuan kewangan daripada pasangannya.
Rasa macam peliklah dua-dua itu. Kalau perempuan guna duit lelaki tak semestinya kaki kikis. Kalau lelaki guna duit perempuan, tak semestinya susah senang sama-sama.
Bagi Jazmy, apa yang lebih penting ialah melihat konteks sebenar sesuatu situasi, bukannya terus membuat kesimpulan berdasarkan jantina.
Katanya lagi, seseorang wanita yang menggunakan wang pasangannya tidak semestinya mengambil kesempatan. Sebaliknya, ia bergantung kepada apa yang diminta dan bagaimana persefahaman itu dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Dia ikut kedua-dua belah pihak macam mana. Perbincangan antara mereka. Perempuan kalau guna duit lelaki, berapa banyak sangatlah yang mereka guna atau nak minta.
Menurutnya, jika permintaan yang dibuat sudah melampaui batas atau tidak munasabah, ketika itulah pasangan boleh menilai sama ada individu tersebut benar-benar bersikap mengambil kesempatan.
Tapi kalau perempuan minta benda yang merepek, mungkin pasangan mereka sendiri boleh tahu itu adalah kaki kikis ataupun tidak.
Dalam masa sama, Jazmy turut berpendapat situasi yang sama juga terpakai kepada lelaki. Seorang lelaki yang menggunakan wang pasangannya juga tidak boleh terus dianggap sedang melalui fasa susah senang bersama tanpa melihat keadaan sebenar.
Sebaliknya, aktor muda itu berpendapat, jika wang itu digunakan untuk memenuhi keperluan atau atas persetujuan bersama, ia bukanlah sesuatu yang perlu dipersoalkan.
“Tetapi kalau guna memang untuk keperluan, itu tak ada masalah.
Jelas Jazmy, istilah seperti kaki kikis seharusnya tidak digunakan secara sewenang-wenangnya kerana keperibadian seseorang lebih mudah dinilai melalui sikap dan tindakannya dalam hubungan, bukannya semata-mata berdasarkan siapa yang mengeluarkan wang.
Saya tak setuju dengan kenyataan itu, kalau kaki kikis kita boleh tahu keperibadian orang itu macam mana.