
Seorang pramugari meluahkan rasa syukur atas pengumuman pembaharuan dalam polisi pakaian seragam kru kabin Air Asia yang membenarkan kru wanita bertudung.
Artikel Berkaitan: PU Rahmat Puji Inisiatif Air Asia, Langkah Mesra Wanita Islam – ‘Tahniah Atas Keizinan Memakai Tudung’
Artikel Berkaitan: Air Asia X & Visit Victoria Terbangkan OhBulan! Ke Melbourne.. Mandi Hot Springs & Bergambar Dengan Koala Antara Momen ‘Best’
Pramugari bersyukur
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, wanita yang dikenali sebagai Fasha akui sering diselubungi rasa takut apabila bertugas sebagai pramugari.
Ujar Fasha, kerisauan itu hadir apabila mengenangkan ajal semasa bertugas dalam keadaan dirinya tidak menutup aurat dengan sempurna.
Nak kongsi benda yang paling saya takut bila tengah kerja atas sana sebagai pramugari.
Saya selalu takut kalau terjadi apa-apa, dan orang jumpa jasad saya dalam keadaan yang tak menutup aurat.
Perasaan ini datang terutama bila pergi destinasi yang memerlukan saya pakai skirt.
Dalam pada itu, wanita terbabit bersyukur atas polisi pakaian kini yang membenarkan kru wanita bertudung sekali gus mengurangkan kerisauan semasa bertugas.
Dulu, Air Asia wajibkan semula kru wanita pakai tudung bila penerbangan ke Jeddah/Madinah.
Sebab itu saya selalu request flight ke sana.
Tapi sekarang Alhamdulillah, dah tak perlu risau sangat bila nak pergi kerja.
Sumber: Threads @fashazreen