berita

Prank Melampau Bagi ‘Hadiah’ Kotak Kasut Berjenama Berisi Mayat

May 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai seorang Youtuber dari Indonesia yang tergamak memberikan sumbangan bantuan berisi sampah semata-mata untuk meraih populariti. Kali ini lain pula kisahnya apabila seorang wanita di Indonesia mengaku bahawa dia telah menerima sebuah kotak kasut yang berisi mayat bayi.

Prank bagi mayat bayi

https://www.instagram.com/p/CAQZzL5JA9Q/

Menerusi laporan yang dipetikd daripada Detik News, kejadian itu dikatakan berlaku pada 15 Mei 2020 di Terowong Ceger. Menurut sumber, dua orang pelaku yang menunggang motosikal itu dengan sengaja memberi satu kotak kasut yang telah dibungkus dengan plastik merah kepada salah seorang wanita yang berada di kawasan tersebut. Sebaik sahaja selepas menyerahkan kotak itu, pelaku tersebut terus beredar dari kawasan tersebut dan menuju ke Lebuhraya Hamsam.

Menceritakan kisah itu, wanita ini memberitahu pada awalnya dia hanya menyangka bahawa barangan yang diterima daripada individu tidak dikenalinya merupakan sepasang kasut dan ketika membawa kotak berkenaan dia ini terhidu satu bau yang sangat busuk. Dia yang curiga dengan bau tersebut kemudian telah membuka kotak itu dan terkejut apabila mendapati terdapat mayat seorang bayi lelaki di dalamnya sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Soal siasat 3 orang saksi

Sebaik sahaja menerima laporan tersebut, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Pihak polis juga kini telah menyoal siasat 3 orang saksi untuk membantu siasatan bagi memberkas pelaku sebenar. Difahamkan, wajah pelaku juga tidak dapat dikenalpasti memandangkan kedua-dua mereka memakai topeng ketika kejadian itu berlaku.

Tidak ada petunjuk yang jelas mengenai siapa yang memberikannya, tetapi kami telah menyoal siasat 3 saksi yang berkaitan dengan kejadian itu.

Sementara itu, mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Soekanti untuk bedah siasat.

Sumber: InstagramDetik News, Tribunnews

SKIP THIS AD ×